Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ni, sesama lah kita menambahkan pahala semasa bulan yang mulia ni. Pada kawan-kawan yang sombong-sombong yang dah tak ingat kawan-kawan tu, bawak-bawak lah insaf....ingat lah kat aku ni sikit. (tak pe, hari ni belum puasa lagi, boleh aku bisa-bisa sikit mulut..he..he..). Biar lah aku formal sikit tulis dalam blog ni sebab bukan kawan-kawan aku je yang baca, Dato' - Dato', Datin - Datin, Tan Sri - Tan Sri pun ada. So, kawan-kawan yang dah biasa dengan mulut aku tu, jangan lah golak lak bilo baco ayat- ayat formal aku ye. Aku nak gak jaga status aku ni...ceh..ceh..ceh..Sempena bulan yang mulia ni, saya nak lah meminta maaf sekiranya ada ayat-ayat saya yang tidak disenangi oleh rakan - rakan taulan dan pelanggan -pelanggan yang baru saya kenali setelah saya menceburi bidang Mary Kay ni. Kadang - kadang, kita tak tahu ada ayat-ayat yang kasar bagi mereka tapi kat kita..."aaghh..biasalah tu..", so harap-harap kawan-kawan dan pelanggan-pelanggan saya maafkan lah atas kekasaran bahasa saya ye. (Rasanya perbuatan tak de kot, so far tak de lak aku belasah orang lagi...)
Di bulan yang mulia ini juga, sesiapa yang ingin membuat temujanji, call / sms lah sehari sebelum ye, jangan lah dan dan tu nak saya datang, tersungkur saya nanti, maklum lah lembik bulan puasa nanti. Isnin - 24hb Ogos dah cuti sekolah, cikgu - cikgu atau sesiapa yang bercuti menemani anak masing-masing tu, jemputlah datang ke Seremban Centre Point untuk Beauty Workshop -RM10 dan Advance Make-Up Class - RM50. Bukan untuk sapa-sapa, untuk diri sendiri juga ilmu-ilmu pengetahuan ni disamping memakai barangan yang berkualiti. Ye, jemput lah datang...
Akhir sekali, sama-sama lah kita menunaikan ibadah puasa esok... sapa yang tak puasa esok tu, jangan lah nunjuk-nunjuk makan depan orang lak...karate kang...
No comments:
Post a Comment