1. Sebuah syarikat yang boleh anda percayai, satu produk yang boleh anda yakini.
Jaminan Produk Mary Kay ialah satu bukti kepada kualiti tinggi semua produk Mary Kay. Ia dicipta begitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli ini adalah antara yang terbaik di pasaran. Mary Kay komited untuk menawarkan produk berkualiti tinggi yang akan memuaskan permintaan setiap wanita hari ini!
2.Keselamatan Produk adalah keutamaan Mary Kay.
Bertahun-tahun, Mary Inc. membelanjakan jutaan dolar untuk menjalankan lebih daripada 300,000 ujian bagi memastikan bahawa setiap produk Mary Kay memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi.
3. Pakar-pakar sains menilai satu ramuan dan setiap produk akhir.
Semua ujian yang ketat, pengujian semula, dijalankan atau diselia oleh ahli-ahli Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuk ahli-ahli sains berkelulusan Ph.D dan ijazah lanjutan yang lain dalam bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.
4. Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik, bukan pandangan.
Mary Kay Inc. bersandar pada bukti penyelidikan saintifik, yang menggunakan teknologi paling maju yang boleh didapati, dan Mary Kay tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian kami telah membuktikan ia selamat dan berkesan digunakan.
5. Pakar-pakar dermatologi dan perubatan lain yang disahkan Lembaga Bebas memainkan peranan yang amat penting dalam pengujian produk.
Ujian klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay di bawah penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yang sah. Mary Kay Inc. juga menjalankan ujian makmal secara ekstensif untuk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai semua produk yang akan digunakan di bahagian mata.
6. Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan.
Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan keselamatan kerajaan yang ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc. sentiasa mematuhi apa yang diperlukan oleh undang-undang apabila ia berkaitan dengan keselamatan produk.
7. Mary Kay Inc. tidak menjalankan ujian haiwan.
Mary Kay Inc. tidak pernah menjalankan, atau meminta bagi pihaknya untuk menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan telah beresumpah tidak akan melakukannya pada masa akan datang.
8. Jaminan Kepuasan
Jika atas sebarang alasan anda tidak berpuashati sepenuhnya dengan mana-mana produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran, tukar ganti atau harga beli penuh dikembalikan berikutan barang belian itu dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay yang sah atau jika tidak aktif lagi, kepada syarikat beserta bukti pembelian.
Sunday, August 23, 2009
Friday, August 21, 2009
Men Care

Sama ada si dia insan yang anda sayangi, seseorang yang istimewa ataupun seorang sahabat, semua lelaki adalah istimewa dengan cara mereka menimbulkan perasaan sayang. Hadiahkan si dia sesuatu yang memancarkan personalitinya dan juga menyatakan perasaan anda terhadapnya. Ceh..ceh wah...best tak ayat ni...
Penyelesaian Untuk Mata

Timewise Eye Revitalizer yang dapat mengurangkan dan menghilangkan kesembapan. Temui serum yang disarati tenaga, mengandungi adunan ramuan ekslusif yang dirumus khas untuk mengatasi pelbagai punca linkaran hitam dan kesembapan di bawah mata.
Cuba dulu beb, kajian menunjukkan kesembapan dan lingkaran hitam itu, boleh kelihatan cerah dalam masa 2 minggu. Harga RM150.00 - 10ml
Khas untuk cikgu-cikgu
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ni, sesama lah kita menambahkan pahala semasa bulan yang mulia ni. Pada kawan-kawan yang sombong-sombong yang dah tak ingat kawan-kawan tu, bawak-bawak lah insaf....ingat lah kat aku ni sikit. (tak pe, hari ni belum puasa lagi, boleh aku bisa-bisa sikit mulut..he..he..). Biar lah aku formal sikit tulis dalam blog ni sebab bukan kawan-kawan aku je yang baca, Dato' - Dato', Datin - Datin, Tan Sri - Tan Sri pun ada. So, kawan-kawan yang dah biasa dengan mulut aku tu, jangan lah golak lak bilo baco ayat- ayat formal aku ye. Aku nak gak jaga status aku ni...ceh..ceh..ceh..Sempena bulan yang mulia ni, saya nak lah meminta maaf sekiranya ada ayat-ayat saya yang tidak disenangi oleh rakan - rakan taulan dan pelanggan -pelanggan yang baru saya kenali setelah saya menceburi bidang Mary Kay ni. Kadang - kadang, kita tak tahu ada ayat-ayat yang kasar bagi mereka tapi kat kita..."aaghh..biasalah tu..", so harap-harap kawan-kawan dan pelanggan-pelanggan saya maafkan lah atas kekasaran bahasa saya ye. (Rasanya perbuatan tak de kot, so far tak de lak aku belasah orang lagi...)
Di bulan yang mulia ini juga, sesiapa yang ingin membuat temujanji, call / sms lah sehari sebelum ye, jangan lah dan dan tu nak saya datang, tersungkur saya nanti, maklum lah lembik bulan puasa nanti. Isnin - 24hb Ogos dah cuti sekolah, cikgu - cikgu atau sesiapa yang bercuti menemani anak masing-masing tu, jemputlah datang ke Seremban Centre Point untuk Beauty Workshop -RM10 dan Advance Make-Up Class - RM50. Bukan untuk sapa-sapa, untuk diri sendiri juga ilmu-ilmu pengetahuan ni disamping memakai barangan yang berkualiti. Ye, jemput lah datang...
Akhir sekali, sama-sama lah kita menunaikan ibadah puasa esok... sapa yang tak puasa esok tu, jangan lah nunjuk-nunjuk makan depan orang lak...karate kang...
Wednesday, August 19, 2009
Tak tahu dah nak pakai apa kat muka ni......
Buat pembaca - pembaca blog saya ni, sesiapa yg rasa dah tak boleh nak buat apa dengan muka tu, pakai apa pun masih kusam, kulit tak sekata, berpigment, berminyak yg tak dpt dikontrol, jerawat, kedut & garis halus, bibir rosak akibat mengguna lipstik yang salah, kulit badan dah lama tak scrub atau apa saja masalah di wajah dan badan anda...., nampak tak no. hp saya yang tertera kat blog ni? Call saya buat appointment segera. Janganlah sampai dah kepam muka, badan tu dibiarkannya..kesian kulit -kulit kita ni, dia pun nak bernafas jugak kan..
Kalau nampak kawan - kawan, sedara-mara, ipar-duai, makcik-makcik awak yang bermasalah juga tu, jangan lah buat tak tahu je, bagi je no. hp saya ni, biar di call nya saya. Bukannya apa, nanti kalau muka tak lawa, suami tak nak pandang, marah pulak....kalau suami cari perempuan yang lebih vogue....cuak lak...Jadi, amalkan hidup & gaya yang sihat. Muka tu kasi letak bahan-bahan yang organic bukannya letak bahan-bahan yang pedih, mengelupas, lepas tu tau-tau dah cantik je dalam sebulan. Lepas sebulan, terus hitam, kusam. Nak ke macam tu? Tentu tak nak kan..... Apa produk ni mahal? Sapa kata mahal? Ada caranya nak membeli tanpa menyesakkan dada...dalam dunia ni...., semua boleh buat, asalkan ada KEMAHUAN... (ado caro ee daro.........jgn cuak)
Buat lah tempahan sekarang utk PROMOSI HARI RAYA yang hanya RM10 sahaja. Nak tahu apa yang RM10 tu, email atau sms saya. Tahu lah jawapannya nanti...
Buat lah tempahan sekarang utk PROMOSI HARI RAYA yang hanya RM10 sahaja. Nak tahu apa yang RM10 tu, email atau sms saya. Tahu lah jawapannya nanti...
Oh yea, bukan itu saja, Advance Make-Up Class pun ada. Apo bondo e tu?
Kat Advance Make-Up Class ni, anda akan di ajar teknik-teknik yang lebih advance daripada teknik biasa yang anda selalu buat nak pegi ofis tu. Nak tahu, daftar RM50 dan bagi tahu saya bila tarikhnya anda nak buat. Jangan nak pandai sorang je....ajak kawan-kawan timba ilmu sekali..
Skin Care Class kat DPM, Seremban
Tuesday, August 18, 2009
Ish..Ish..Ish...
Subscribe to:
Posts (Atom)

